Skip to main content

Featured

Teknik Terbaik Memancing di Pantai

Teknik Terbaik Memancing di Pantai: Panduan Lengkap untuk Pemancing Berpengalaman dan Pemula Memancing di pantai adalah salah satu aktiviti luar yang amat popular, terutamanya bagi mereka yang menyukai ketenangan dan keseronokan menangkap ikan. Memancing di pesisir pantai menawarkan pelbagai peluang untuk menangkap spesies ikan yang berbeza, namun teknik memancing yang betul adalah kunci utama kejayaan. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan teknik terbaik memancing di pantai yang sesuai untuk semua peringkat pengalaman, serta beberapa tips berguna untuk memastikan hasil tangkapan yang memuaskan. 1. Pilih Lokasi yang Tepat Lokasi adalah faktor pertama yang perlu diambil kira dalam memancing di pantai. Pemilihan tempat yang tepat boleh menentukan kejayaan memancing anda. Berikut adalah beberapa petua untuk memilih lokasi yang terbaik: Pilih kawasan berpasir atau berbatu : Ikan cenderung berdekatan dengan struktur dasar laut seperti batu, terumbu karang, dan struktur berpasir yang me...

Cencaru Kuda | Pancing Cencaru Kuda | Teknik Pancing Cencaru Kuda | Umpan Cencaru Kuda

Cencaru Kuda | Pancing Cencaru Kuda | Teknik Pancing Cencaru Kuda | Umpan Cencaru Kuda

TOP FISHING GAMES


Dalam artikel sebelum ini, saya ada berikan sedikit review berkenaan dengan trip memancing di Pulau Payar pada 24/12/2012. Alhamdulillah, semuanya selamat cuma saya lambat update hasil tangkapan yang kami dapat pada trip memancing tersebut. Korang boleh lihat post tersebut pada link di bawah.

>>>>> http://jom-ngail.blogspot.com/2012/12/preview-trip-memancing-pulau-payar-24.html



Okaylah, dipendekkan cerita, kami bertolak tepat jam 7 pagi dari Kuala Kerpan. Perjalanan ke Pulau Payar mengambil masa dalam 40 minit.


 Fikir apa 2 bang??


Basri dengan gaya yang cukup konfiden. Kat belakang tu, Bro Labu (Tekong Bot)


 Tekong darat.. Bro Yamin. Macam sejuk jer bro!

 Dengar sini!!! Didon dok kat belakang tali..


Dan selepas mengharungi perjalanan 40 minit, kami tiba di lokasi memancing PULAU PAYAR. Kalau diperhatikan ada 3 pulau di kawasan ini. Awas jangan memancing terlalu rapat dengan pulau. Sebab ini kawasan larangan memancing dan sebarang aktiviti menangkap ikan.





Siapa yang menanti kunjungan kami kali ini???? Wow!!!

CENCARU KUDA... 

Saya uploadkan beberapa keping gambar hasil pancingan kami.








Saiz cencaru kuda melebihi saiz mineral water 1.5L!!








2 Ekor Talang bersaiz 4kg turut tumpas. Teknik umpan hidup.





TEKNIK YANG DIGUNAKAN UNTUK PANCING CENCARU KUDA


Gunakan lure/gewang yang bersaiz 60g. Perlu letakkan 1 kail bersaiz 18 - 22. Kalau boleh korang ikatkan bulu pada kail tersebut.(Rujuk Gambar)




Sedikit video untuk korang.

Cencaru Kuda | Pancing Cencaru Kuda | Teknik Pancing Cencaru Kuda | Umpan Cencaru Kuda

TOP FISHING GAMES

Comments

Popular Posts