Pancing Siakap | Teknik Casting Siakap | Umpan Terbaik Siakap

Pancing Siakap | Teknik Casting Siakap | Umpan Siakap

Barramundi Casting Technique

Entri saya kali ini amat berhubung kait dengan cara membuat perambut casting untuk memancing siakap(barramundi). Teknik ini boleh digunakan di kolam-kolam memancing siakap ataupun lokasi lain seperti di muara-muara sungai yang ada spesis siakap(barramundi).

Sila buat perambut/casting seperti rajah di bawah..





Panjang Perambut 1 Kaki Setengah




Dan ini hasilnya! Korang boleh cuba. Insyaallah Berjaya.

P/S gunakan umpan udang yang telah dikupas kulitnya.



Pancing Siakap | Teknik Casting Siakap | Umpan Siakap

Barramundi Casting Technique


Preview Trip Memancing Pulau Payar 24 Disember 2012 (TOP FISHING GAMES)

TOP FISHING GAMES

Preview Trip Memancing Pulau Payar 24 Disember 2012

Assalamualaikum wbr,

Rasanya dah lama saya tak update blog ini. Sebenarnya bukannya "PENCEN" dari hobi memancing(fishing) dan menulis, tetapi disebabkan kekangan masa yang teramat sangat.

Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah sedikit PREVIEW berkenaan trip memancing yang akan saya join pada 24 Disember 2012. Trip kali ini di lokasi lama iaitu Pulau Payar. Tak lama, hanya 2 hari lagi. Semua preparation dah dibuat cuma menanti saat pertarungan yang dijangka sengit dengan "penghuni-penghuni" di Pulau Payar. Kali ini saya cuma bawa 2 kekili iaitu Tica Libra dan juga Pfleuger. Pandangan saya 2 kekili ini sudah memadai.





Sebenarnya banyak juga pengalaman sepanjang memancing di lokasi ini. Tenggiri seberat 7.5 kg pernah ditewaskan oleh saya dengan menggunakan kombinasi joran lemax platinum, kekili Tica Libra 3500 dan tali utama Towada Strong bersaiz 30 lbs. Teknik yang digunakan adalah casting. Pertarungan ambil masa cuma 15 minit, sang tenggiri mudah terkulai. Spesis lain yang pernah ditewaskan termasuklah ikan Talang (QueenFish) bersaiz 3kg dan juga ikan kerapu(GroupFish) bersaiz 4 kg. Saya ada postkan pada entri di blog ini dahulu.

Ikan Talang(Queen Fish) seberat 3kg. Teknik Bottom Sahaja+Guna Umpan Hidup


Kami akan berangkat dari Kuala Kerpan, Kedah Darul Aman dengan ditemani tekong setia Mat Labu. Trip kali ini cuma 4 orang saja iaitu saya sendiri, Yamin, Didon dan Basri. Apa-apapun tunggu keputusan yang bakal saya sajikan nanti.

Preview Trip Memancing Pulau Payar 24 Disember 2012 

Oklah, saya dah postkan hasil tangkapan ini pada post di bawah...

>>>>> http://jom-ngail.blogspot.com/2013/01/cencaru-kuda-pancing-cencaru-kuda.html



TOP FISHING GAMES

TOP FISHING GAMES

Submit Free to ExactSeek

BLOG DIRECTORIES

Blog Directory & Search engine blogarama - the blog directory blog search directory blog directory Blogadr.com - Listed (add your blog to Blogadr.com)
Copyright © 2012 Top Fishing Games. Powered by Blogger.