Songsong Islands : Trips Pancing Alu-Alu | Lubuk Alu-Alu | Teknik Pancing Alu-Alu | Umpan Alu-Alu (TOP FISHING GAMES)

TOP FISHING GAMES

Sebagai pembuka bicara, aku ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada abg Padin @ SongSong, tekong bot berpengalaman kerana telah memberi keizinan kepada aku untuk uploadkan trip memancing yang menarik di Gugusan Kepulauan Songsong, Kedah Darul Aman. Gugusan Songsong terdiri daripada beberapa buah pulau kecil iaitu Pulau Songsong, Pulau Telur, Pulau Bunting dan beberapa pulau yang lain. Gugusan ini kaya dengan pelbagai spesis ikan seperti Talang, Kacang@alu-alu, rambai, kerapu dan sebagainya.

Tanggal 13 Februari 2011, kali pertama aku menjejak kaki di Gugusan Kepulauan Songsong bersama Amin, Pozi, Pirates(Cipon) dan Abg Padin(SongSong). Trip memancing kami bermula pada sebelah pagi dan sessi memancing tamat pada sebelah petang. Kami menggunakan set pancingan ringan untuk memancing di kepulauan ini. Terima kasih kepada Abg Padin dan Cipon kerana banyak member tunjuk ajar kepada aku dan kawan-kawan bagaimana kaedah memancing yang betul di kepulauan ini. Lain padang lain belalang. Ha ha haa..

Dipendekkan cerita, aku macam naik gila bila terjumpa sekumpulan beratus-ratus ikan yang besar seperti ikan rambai, ikan plata(nama sainstifik aku tak ingat) dan ikan gerepoh berada di bawah bot kami. Apa lagi, hentam sajalah… Itu saja ayat yang keluar dari mulut abg Padin. Tapi sayang seribu kali sayang, sedang asyik kami layan kerenah pelbagai spesis ikan, tetiba datang sebuah bot nelayan kecil melabuh beberapa lapisan pukat berhampiran tempat pancingan kami. Apa boleh buat, dah rezeki kami setakat ini..

Pehh! Aku tak nak komen apa-apa pasal trip memancing kali ini. Korang boleh tengok hasil pancingan yang sempat aku uploadkan dari photo bucket.


Photobucket

Abg Padin@ SongSong. Tekong bot berpengalaman dari Alor Setar.











TOP FISHING GAMES

TOP FISHING GAMES

Submit Free to ExactSeek

BLOG DIRECTORIES

Blog Directory & Search engine blogarama - the blog directory blog search directory blog directory Blogadr.com - Listed (add your blog to Blogadr.com)
Copyright © 2012 Top Fishing Games. Powered by Blogger.